Post Top Ad

NAK JADI EJEN INSURANS/TAKAFUL? NO.1 ADALAH INTEGRITY!

Dari hari pertama saya bergelar Takaful Wealth Planner, Leader dan Chief Agency Manger saya selalu terapkan supaya jadi seorang ejen Takaful yang berintegriti.

Nak jadi ejen yang berintegriti tak susah. Ini yang saya amalkan

1) Jangan tabur janji manis dan beri harapan palsu


Sebagai seorang ejen yang berintegriti, saya hanya bercakap, berjanji dan memberi harapan perlindungan kepada prospek, bakal client dan client dalam setiap perkongsian saya, tak kira la di laman sosial, bertentangan mata atau melalui telefon berdasarkan lesen saya, syarikat pengendali takaful dan melalui polisi agensi saya.

Selalunya yang salah ni adalah ejen sebab depa selalu berjanji & bercerita bukan bukan. Pihak Takaful/Insurans tak salah sebab depa dah ada guidline yang lengkap. Sebab tu saya rasa bahaya bila terlalu YA kan, atau BOLEH kan setiap apa yang client nak. Takut!

Segala apa yang saya terangkan, yang saya sampaikan dan yang saya berikan tu datang dari pihak Zurich Takaful Malaysia Berhad. Saya tak boleh sesekali menambah atau mengurangkan manfaat yang diberi oleh syarikat.

Apa yang saya cakap & janji akan termaktub dalam perjanjian hitam putih yang berada didalam buku Sijil Takaful / buku polisi. Semuanya boleh digunakan untuk rujukan dan tuntutan pada masa hadapan. Tugas saya untuk bantu anda membuat segala tuntutan berdasarkan perjanjian hitam putih.

2) Sentiasa bercakap benar walaupun pahit


Saya cerita tentang A sampai Z tentang proposal plan, manfaat dan segala jaminan. Kalau suka boleh sign up. Tak suka dan tak setuju, takpa. Bukan sekarang, mungkin lain kali.

Saya terangkan setiap pro & con sebab saya kena cerita perkara yang benar dari prespektif seorang client/peserta takaful supaya depa dah well informed pada masa sekarang dan masa depan dah faham.

Ada orang tak setuju dengan Terma & Syarat company, argue kenapa perlu ada waktu menunggu, kenapa perlu sihat 100%, kenapa perlu declare pendapatan untuk layak apply takaful dll.

3) Tak ada short cut


Kalau client yang kenal saya, saya ni jenis suka buat penerangan sampai bakal client faham. Ada yang saya present by WhatsApp tu tahu la, saya minta bagi masa lebih kurang 0.5 hari hingga/atau 2 hari untuk terangkan sehabis mungkin. Lepas dah settle, tanya client & depa pun tak ada banyak soalan. Sebaliknya depa terus tanya bila boleh subscribe.

Saya perlu kenal dan dapatkan fakta untuk setiap prospek baru boleh tahu apa keperluan perlindungan seseorang. Saya bukan jual ikut pakej, saya bukan jual produk tapi saya mencadangkan perlindungan takaful berdasarkan keperluan prospek dan pilih produk takaful yang sesuai. Tu tugas saya.

4) Biar susah sekarang nanti senang kemudian


Tak semua client 100% sihat, ada yang pernah kena penyakit & jangkitan, pernah admit hospital, pernah kemalangan, pernah buat pembedahan dan datang dari keluarga yang ada sejarah penyakit.

Cara saya, KITA DECLARE semuanya. Kalau boleh se-detail mungkin. Bila bakal client declare, saya keyin dalam system dan pastikan jelas dan terang. Baru pihak underwriting Zurich senang nak buat penilaian, sama ada nak approve, perlukan medical checkup/examination, tambah caruman, counter offer dan decline.

Alhamdulillah, client yang ikut cara susah pada awal permohonan akan terus istiqamah dalam buat bayaran caruman sebab depa tahu bukan mudah untuk apply takaful dan kena hargai sangat-sangat.


5) Jangan ambil duit orang


Antara salah satu yang saya amalkan, saya tak sesekali ambil duit orang. Takut betul bila deal dengan duit. Setelah dapat duit caruman pertama dari client, seboleh bolehnya saya akan terus cepat buat bayaran tanpa lengah.

Alhamdulillah, dengan system Zurich Takaful yang sangat telus dan flexible, mudah untuk saya berurusan tentang duit ringgit ni. Nak client bayar guna FPX boleh, nak client guna Credit/Debit Card boleh, nak bayar terus ke kaunter pun boleh. Bila dah bayar, ada portal yang client sendiri boleh check masuk ke tidak caruman yang depa buat dan cek tengok status polisi masing masing.

Eh, dah panjang sangat menulis pagi Ahad ni. Kepada sesiapa yang nak buat permohonan takaful pada last minit boleh roger saya.

Luthfi Zurich Takaful
017-4228911 / 011-59238789



No comments:

Post a Comment

Post Top Ad