Post Top Ad


Assalamualaikum,

Terima kasih kerana memberi masa dan kepercayaan anda kepada saya untuk menjadi Ejen Takaful anda. Seperti yang saya maklum, saya beroperasi dari Zurcih Takaful Malaysia Berhad cawangan Pulau Pinang.

Dunia zaman sekarang ini sudahpun maju. Kepantasan dan kecanggihan teknologi telah pun membantu kita berhubung walaupun berada pada jarak yang jauh. Terima kasih kepada teknologi, dengan kemudahan yang ada, saya dapat menjadi Ejen Takaful anda dan boleh berkhidmat untuk anda.

Lazimnya, untuk klien saya yang berada disekitar Pulau Pinang dan Utara, saya akan turun berjumpa dan memberi khidmat sebagai ejen anda. Untuk klien yang berada diluar lingkaran khidmat saya, seperti yang saya maklumkan saya tetap akan memberi khidmat dan komitmen saya untuk bantu anda seperti dibawah :

Untuk Pelan Takaful Hayat : Bantu untuk submit claim dan pelbagai jenis tuntutan yang terkandung dalam buku Sijil Takaful

Untuk Pelan Medical Card : Bantu untuk dapatkan Guarantee Letter (GL) dari pihak pengendali GL, MediExpress agar klien dapat dimasukkan kedalam wad dengan kadar yang segera

Cara bekerja :

1. Saya akan bekalkan claim form dalam bentu hard copy atau soft copy

2. Klien diminta untuk submit dan dapatkan report dari doktor untuk setiap claim yang dibuat

3. Klien diminta untuk pos segala surat, borang dan report yang berkenaan kepada saya

4. Saya akan uruskan claim berkenaan dan follow up dengan pihak Zurich

5. Saya akan follow up berkenaan dengan bayaran dengan pihak Zurich

6. Klien akan dapat claim pada masa tertentu

Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad