Tentang saya


Saya Mohammad Luthfi Suib, Perancang Kewangan Takaful yang beroperasi dari Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) cawangan Pulau Pinang. Saya merupakan Perancang Kewangan Takaful yang berdaftar dengan Malaysian Takaful Association (MTA), sebuah badan pengawal perkhidmatan Takaful dan juga diselia oleh Bank Negara.

Kod Ejen : T64177U
Kod MTA : MTA-G06058

Kisah saya dan Takaful

Tak semua orang mempunyai kesedaran tentang Takaful terutamanya Melayu Islam termasuk diri saya sendiri. Saya hanya mempunyai Sijil Takaful ketika berusia 29 tahun. Alhamdulillah saya mempunyai kesedaran akan kepentingan Takaful daripada insiden yang menimpa kawan terdekat saya.

Dia ditimpa musibah kemalangan jalanraya, terpaksa menjalani pembedahan yang menelan belanja sebanyak RM30,000 dan diberi cuti rehat selama setahun lebih.

Bila tengok pada keadaan kawan, saya insaf dan Allah bukakan hati saya untuk ambil Takaful sebagai perlindung kewangan dan juga rawatan perubatan untuk diri saya.

Mulai dari detik tu, saya rasa Takaful ni bukan saja tentang Medical card tapi lebih dari itu. Kebanyakkan masyarakat kita hanya tahu Takaful/Insurans ni rawatan di hospital sahaja dan mereka hanya terdedah akan kepentingan rawatan perubatan. Tapi apa yang saya nampak, jauh dari tu. Kita pun perlu melindungi pendapatan / gaji yang sangat penting untuk kita survive pada setiap hari.

Alhamdulillah, sejak bergelar Perancang Kewangan Takaful, saya dapat melindungi ahli keluarga saya, anak dan isteri.

Aktif di Media Sosial

Saya menggunakan pendekatan dakwah Takaful melalui Media Sosial terutamanya di Twitter. Alhamdulillah, kebanyakkan thread yang saya kongsi di Twitter adalah berkenaan dengan Kepentingan Life Takaful, Perbandingan Medical Card dan Life Takaful, produck Zurich Takaful dan lain-lain lagi.

Perkhidmatan

Walaupun saya beroperasi di ZTMB Pulau Pinang, saya boleh memberikan khidmat (servicing) dari Pulau Pinang hingga seluruh pelusuk tanah air. Kini, saya mempunyai pelanggan sekitar negeri Semenanjung Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya seperti dibawah :



Terima kasih

Luthfi Suib
Tentang saya Tentang saya Reviewed by Luthfi Suib on October 01, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.