10 Tips Bagaimana untuk guna Medical Card Zurich Takaful

Sejak saya menceburi bidang Perancang Kewangan Takaful, saya menerima banyak soalan antaranya :

1. Boleh tak saya nak guna Medical Card Zurich di Klinik. Saya demam, nak ambil ubat dan MC

2. Saya kena sakit kulit, boleh tak nak guna medical card di klinik berdekatan dengan rumah saya?

3. Saya nak medical card yang boleh cover kos perubatan di klinik dan hospital macam medical company lama saya?

4,5, 6.... Dan banyak lagi...

Meh saya nak kongsi dan jelaskan apa peranan dan bagaimana nak guna Medical Card :

1. Boleh digunakan apabila kita admit / ditahan wad akibat sakit yang tidak terjangka contohnya kemalangan, demam panas yang tinggi, dan lain-lain lagi. Selain tak admit, selagi tu tak boleh guna melainkan Pay & Claim untuk kes kecemasan macam jahit luka dll. Paling bagus sila call saya (atau konsultan takaful hampa dan saya akan uruskan admission anda)

2. Untuk makluman, sebelum boleh warded kita kena bayar duit deposit. Amaun deposit ni ditentukan oleh pihak hospital swasta. So apa yang selalu praktis kita bayar RM300 sebagai deposit. Jangan risau, duit deposit ni takkan burn. Pihak hospital akan refund semula 100% duit deposit hampa tu. Selalunya depa akan refund Balik lepas tolak kos pengurusan dan pelbagai item yang tak cover oleh takaful contohnya kos tukar cadar dll. Ala berapa duit je.. kadangkala dapat 90% refund balik. Bergantung kepada apa request hampa dalam wad.

3. Lepastu, Admission wad tertakluk kepada pengeluaran Guarente Letter (GL). Selepas doktor yang merawat request untuk GL dan pihak Takaful approved baru la Pesakit dapat masuk ke dalam wad. Bergantung juga kepada case by case. Suka saya perasan admission ke wad ni atas permintaan doktor dan bukannya permintaan pesakit (kita).
Ada kes yang mana pesakit sendiri yang minta untuk ditahan dan doktor tulis keterangan ni dalam request GL. Malangnya pihak Mediexpress (appointed 3rd party untuk Zurich Takaful) tak keluarkan GL sebab alasan dipinta oleh client. Pastu bil tu tanggung sendiri ðŸ˜­ elakkan keluar kenyataan pelik-pelik dan teramah dengan doktor. Cakap bila perlu je.
4. Sebelum GL dikeluarkan, konsultan takaful akan semak terlebih dahulu status sijil takaful peserta (client). Kalau semua pembayaran caruman cun tip-top dan "In force" insyaallah tak ada masalah untuk proses seterusnya.

5. Medical card hanya boleh digunakan di hospital swasta yang jadi panel. Contohnya kat Penang ni boleh pi KPJ Penang, Bandar Perda, Pantai Hospital, Bayan Baru dll. Kebanyakan hospital swasta ada dalam list Zurich Takaful ðŸ˜Ž. Medical card tak terpakai di klinik-klinik swasta.

6. Kenapa? Sebab fungsi utama medical card adalah untuk membantu kita ketika situasi yang tak terjangka. Kalau macam demam sikit-sikit tu boleh la ke klinik dan bayar sendiri. Situasi yang boleh guna medical card adalah jika kita pergi klinik, klinik recommend kita untuk refer ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta, kos perubatan pertama (pre-admission) di klinik boleh di-claim dekat Zurich Takaful. Ada clear?

7. Lepas je masuk wad, pihak hospital akan mulakan rawatan perubatan kat kita sehinggalah doktor mengesahkan bahawa kita dah boleh balik. Segalanya akan ditanggung oleh pihak takaful (sila tanya pada konsultan takaful hampa & sijil takaful)

8. Sebelum dibenarkan keluar, pihak hospital swasta akan keluarkan final bila dan doktor akan request "Final GL". Selalunya proses ni akan makan masa sikit. Kalau boleh call saya dan konsultan takaful hampa untuk tanya status sama ada pihak hospital dah request Final GL ke belum. Masa tu hampa akan tau siapa yang lambat sebenarnya ðŸ˜‚

9. Lepas dah dapat Final GL dan approved, hampa dibenarkan keluar dan boleh tuntut duit deposit balik. Selalunya kat GL akan tulis amaun yang pihak takaful tanggung dan beberapa item yang tak ditanggung oleh pihak takaful. Jangan risau.

10. Dah balik, hampa layak lagi untuk claim rawatan susulan (follow up post admission) terhad pada hari tertentu. Selalunya doktor akan bagi resit dan medical record, pass ni kat saya atau konsultan hampa untuk proses claim. Claim akan masuk lebih kurang 2-3 minggu (atau cepat, bergantung kepada kes)

Clear tak bagaimana proses penggunaan Medical Card dan penggunaan Medical Card tu sendiri.

Kalau hampa faham konsep medical card insyaallah tak ada masalah untuk masa depan. Upon registration, penting untuk hampa declare status kesihatan yang sebenarnya.

Jangan risau, saya dan konsultan takaful akan jaga rahsia anda sebab kami tertakluk kepada undang-undang dan akta Bank Negara dan lain-lain lagi

Berminat untuk tahu plan Medical Card anda? Contact saya di 011-59238789 atau WhatsApp

Semoga memberi manfaat ðŸ˜‡
10 Tips Bagaimana untuk guna Medical Card Zurich Takaful 10 Tips Bagaimana untuk guna Medical Card Zurich Takaful Reviewed by Luthfi Suib on March 07, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.