Post Top Ad


Recently dengar cerita kawan-kawan masuk hospital dek kemalangan jalanraya. Kebanyakkannya disebabkan naik motor. Saya sebagai Konsultan Takaful agak sedih sebab tak dapat nak tolong bagi medical card murah

Tapi saya boleh bantu bagi takaful murah untuk penunggang motosikal.

Plan Takaful yang saya nk kongsikan adalah plan Takaful Kemalangan a.k.a Personal Accident (PA)

Plan Takaful ni tak cover bil hospital swasta. Plan ni adalah purely life yang menjamin :

✔️ Hibah / Pampasan Kematian disebabkan SEMUA punca


Ni penting. Ada PA hanya cover sbb Kemalangan je. Pampasan kematian ni penting sebab kalau tak mampu nak ambil plan takaful biasa yg cover macam-macam tu, baik ambik plan PA ni. Sebab manfaat dia sama je tapi bayaran bulanan tu murah.

Dekat pelan ni terbahagi kepada dua Manfaat iaitu SEMUA PUNCA dan AKIBAT KEMALANGAN.

Plan Takaful Kemalangan ni bagi Pampasan Kematian setinggi 300% jika berlaku kematian disebabkan kemalangan.

Tinggi tu kawan-kawan. Contohnya kalau meninggal biasa dapat RM30k, kematian sebab kemalangan RM150k. Hibah 100% kat waris hampa.

Kenapa Pelan Takaful Kemalangan ni ada dua coverage yang berbeza?

Cerita dia macam ni :
Pernah tak dengar cerita kematian disebabkan kemalangan tapi tak dapat buat tuntutan kematian dekat pihak insurans/takaful? Ada sesetengah pengendali insurans/takaful letak syarat utama dalam pelan kemalangan hanya cover kematian disebabkan kemalangan SAHAJA.
Bila sesuatu kematian terjadi mesti ada report post mortem. So, laporan ni akan menyatakan sebab musabab kenapa kematian tu berlaku. Apa yang terjadi ada kes kematian seseorang tu bukanlah disebabkan kemalangan tetapi akibat penyakit contohnya sakit jantung. 
Maka untuk kes macam tu bagi syarikat insurans/takaful yang letak syarat utama MESTI MENINGGAL SEBAB KEMALANGAN, pampasan tak dapat diberikan oleh disebabkan kematian dia akibat penyakit.
So dekat sini Zurich Takaful letak dua dana pampasan iaitu Kematian semua sebab dan kematian akibat kemalangan


Kalau disahkan kematian tu disebabkan kemalangan, maka pampasan akibat kemalangan akan diberikan mengikut pelan 1 sehingga pelan ke 6. Tetapi jika situasi yang berlaku macam contoh kes diatas, maka waris kita akan dapat sekurang-kurangnya pampasan berkenaa, dari RM10,000 hinggalah ke RM200,000.

Clear tak?

Jika berlaku hilang anggota disebabkan kemalangan dan Hilang Upaya (Lumpuh) akibat kemalangan, maka pampasan akan diberikan mengikut jadual dibawah :


Selain dari tu, kalau takmau dengar cerita pasal mati, plan Takaful Kemalangan ni cover :

✔️Kehilangan anggota badan disebabkan kemalangan dan ✔️ Pampasan Setiap Kepatahan dan Kelecuran


Yang saya nak bagi highlights tentang plan Takaful Kemalangan ni adalah seperti dibawah :
Contohnya kalau kita tak ada medical card, pi hospital kerajaan. Doktor cek tengok rupanya tangan patah dan perlu masukkan besi. Kebanyakan kes, Rawatan kerajaan tanggung. Tapi kos beli besi tu kita kena tanggung / beli sendiri.

Selagi kita tak beli besi tu selagi tu la tak dapat buat operation dan rawatan seterusnya. Sebab tu hampa boleh tengok kat hospital dok kat wad 2-3 hari sbb tunggu duit beli besi. Apa yang plan Takaful Kemalangan ni bantu adalah, hampa pinjam la duit siapa-siapa dulu, adik beradik ka untuk beli besi tu.

Habaq kat depa yang hampa ada Takaful Kemalangan yang boleh claim balik kos besi tu. Lepas bayaq terus boleh masukkan besi. Lepastu rehat. Lepas keluaq je dari wad, discharge boleh la bagi discharge bill kat saya utk saya proseskan claim balik duit kos besi tu.

Persoalannya, kalau hampa takdak takaful ni hampa kot mana tetap kena bayar jgk kos besi tu. Tapi, kat sapa hampa nk claim balik? Nampaknya senyap mcmtulaNampak macam remeh. Nampak macam simple je. Tapi bila kita memerlukan, insyaallah plan ni akan membantu. Jangan risau saya akan ada untuk bantu uruskan claim anda. Claim akan masuk biasanya dlm 3-4 minggu.

Dah clear pasal claim untuk patah dan lecur?

✔️ Claim dari klinik ataupun hospital (Pembayaran balik perubatan)


Bab ni kena paham sikit yang claim berkenaan dengan kemalangan je. Kalau bukan disebabkan kemalangan tak boleh claim ye. of course setiap manfaat ada had dia. so untuk had claim balik perubatan ni bergantung kepada plan. Plan 1 had limit tahunan RM5,000, Plan 2 RM6,000 setahun dan seterusnya.

Sebab tu penting kalau ada takaful kemalangan ni. kita boleh claim jika musibah berlaku.

✔️ Elaun MC

Next, antara manfaat yang PALING PENTING untuk plan Takaful Kemalangan ni adalah elaun MC.


Elaun MC kita boleh claim duit CASH jika berlaku sebarang "Hilang Upaya. Keseluruhan Sementara" ataupun "Hilang Upaya Keseluruhan Separa Sementara"
Syarat untuk claim elaun MC ni adalah kena dapatkan MC bertulis daripada doktor selama 7 hari. Kalau doktor tulis MC kurang daripada 7 hari maka tak layak la nak claim.

So sebaiknya kawtim dengan doktor "saya ada takaful dan boleh claim elaun mc. boleh tak bagi mc 7 hari?"
Sebagai contoh, doktor bagi MC dari isnin sampai jumaat (5 hari). Minta dia bagi lagi tambahan 2 hari lagi termasuk Sabtu dan Ahad. Then, bila tulis 7 hari dalam MC tu maka layak la untuk hampa claim.

Elaun MC ni terpakai utk MC biasa disebabkan kemalangan dan MC kerja Ringan. MC kerja ringan atau Light duty disebabkan kemalangan ni layak untuk claim. Contohnya kalau MC penuh tu patah tangan tak boleh pi kerja. Lepas follow up dengan doktor, dah boleh pi kerja tapi tak boleh buat kerja biasa, dapat mc kerja ringan pun layak claim.
Berikut adalah jumlah pampasan setiap minggu utk mc biasa dan mc kerja ringan mengikut plan.

Ambik plan 6, mc seminggu rm600 woo!

✔️ Elaun Wad

Selain dari manfaat Elaun MC, plan Takaful Kemalangan ni pun ada manfaat Elaun Wad. Jika kita admit dlm hospital, plan ni akan bagi duit untuk setiap hari hampa berada dlm wad tu.

menarik kan?
So, manfaat ni straight forward. Elaun wad akan dibayar mengikut plan yg kita ambik

untuk manfaat elaun wad ni terhad kepada 120 hari untuk setahun. bagi pendapat saya, manfaat ni bagus untuk cover balik pendapatan yang kita hilang disebabkan oleh masuk wad.

kalau makan gaji kompom la gaji akan tetap dibayar walaupun kita masuk wad. tapi kalau org meniaga?
orang yang berniaga lagi la digalakkan untuk ambil plan Takaful Kemalangan ni. Jika tak sihat dan tak boleh bekerja, boleh la dapat duit daripada setiap kali kita MC dan masuk wad.

Contoh situasi bagaimana Elaun MC dan Elaun Wad 

Mungkin bagi anak-anak muda rasa macam tak penting untuk ada plan takaful macam ni. tapi saya nak share pengalaman kawan saya yang ditimpa musibah oleh disebabkan kemalangan jalanraya masa naik motosikal
kes dia simple. dia pi langkawi. bercuti lah kan. Dia sewa moto kat sana. otw nak balik di Pekan Kuah, tiba - tiba ada sebuah kereta ni keluar simpang secara tiba-tiba lepastu langgar dia. Dia terjatuh. Ingatkan tak serius, rupanya retak bahu dan paha dia retak.so dia dapat MC selama 3 bulan untuk berehat. Kos rawatan dia guna medical card dia sendiri.
Untuk makluman, bila jadi musibah luar waktu kerja, socso tak cover. apa yang jadi dia tak dapat pampasan dari socso lah.
masa tempoh MC 3 bulan tu, gaji dia jalan macam biasa sehingga 2 bulan sahaja. Masuk MC bulan ke 3 gaji dia setengah. masa tu dia dah mula "ghaplah" bak kata orang Penang. Haru biru la!
Kawan dah biasa dapat sebulan RM3,000, tiba-tiba gaji masuk RM1,500 je. Bayangkan segala komitmen kena bayar. Apa nak buat, tu kira syukur dapat jugak gaji walaupun setengah. company lain ada tak cover gaji macamtu?
alhamdulillah dia ambik takaful, dapatla dia tampung kehilangan pendapatan RM1,500 tu dengan elaun MC sebanyak RM200/minggu. Kalau MC 4 minggu dah RM800.

Hilang gaji RM1,500, dapat dari Zurich Takaful RM800. Membantu tak? tu la fungsi Elaun MC.

✔️Pampasan bayaran Ambulan dan Rawatan Perubatan Alternatif

Last sekali, dua manfaat terakhir adalah ✔️Pampasan bayaran Ambulan terhad RM500 setiap kes dan jugak "Rawatan Perubatan Alternatif".

Rawatan Perubatan Alternatif ni berubat cara kampung la. Boleh claim. Bergantung kepada plan, dan nak claim mesti la kena ada resit. huhu

Clear tak semua manfaat yang ada untuk pelan Takaful Kemalangan ni?

Lani saya nak share maksud Plan yang ada. Plan dan setiap coverage dia ada dibawah table ni


Plan paling rendah iaitu Plan 1 coverage RM10k utk kematian biasa & RM50k utk kematian sbb kemalangan. Plan paling tinggi ialah Plan 6 yang beri coverage kematian biasa sebanyak RM200,000 dan kematian disebabkan kemalangan setinggi RM1 juta! Wah.

Suka saya nak kongsi harga Caruman Suku Tahunan (bayar setiap 3 bulan sekali) untuk pelan Takaful Kemalangan, Pelan 2










So akhir sekali, bagi pendapat saya molek ambik plan Takaful Kemalangan ni daripada tak ada takaful langsung.

Bukan apa, kita nak coverage terutamanya pampasan hibah dan bayaran balik perubatan tu.

Lagi satu elaun wad dan MC. Penting

Maklumat lanjut sila rujuk produk broacher :



Kalau berminat boleh hubungi saya di talian 017-4228911 atau WhatsApp je. Kita discuss sampai jadi 😎



Nak berurusan melalui online pun senang je. Tapi kalau nak jumpa saya ada di sekitar Penang dan Seberang Perai

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad