Sembang Takaful : Takaful ni SCAM ke? Bayar bulan-bulan mudah tapi bila nak claim SUSAH!

LUTHFI, KENAPA TAKAFUL NI MUDAH BILA BAYAR BULAN-BULAN TAPI SUSAH NAK CLAIM? LIFE TAKAFUL NI SCAM EH?

Awas, entry panjang!

Bila saya kongsikan tentang Takaful, ada je kawan yang lontarkan pelbagai soalan. Nasib baik saya ni bukan ejen baru. Boleh la saya terangkan kepada kawan tadi.

Menarik soalan yang kawan saya tanya tu.

Sebenarnya, untuk apply Takaful bukannya mudah. Tak semua orang menikmati kelulusan yang cepat apabila mohon Takaful. Mudah untuk orang yang tak ada apa-apa sejarah kesihatan dan BMI yang ideal dan sangat sukar untuk orang yang mempunyai sejarah perubatan lampau, yang pernah kemalangan, yang pernah buat pembedahan ataupun yang mempunyai pekerjaan yang berisiko tinggi.

Lepas je permohonan kita diluluskan, start pada tu dah kena bayar setiap bulan ataupun suku tahun ataupun tahunan seperti yang dibincang dengan ejen anda. Selagi kita mencarum, selagi tu la syarikat Takaful akan beri perlindungan kepada kita seperti yang termaktub dalam buku Sijil Takaful

Persoalannya, kenapa bila kena musibah susah pulak nak claim? Kata Takaful ni "tabung kecemasan" jika dilanda musibah?

Nak claim ni tak mudah disebabkan Takaful ni guna konsep dana tabung orang ramai. Oleh disebabkan Ringgit yang dibayar oleh peserta tu adalah amanah, so syarikat Takaful pun perlu lah buat kerja dengan lebih telus agar dana orang ramai tersebut tak disalahguna atau diberikan kepada orang yang tidak berhak.

No.1 : Pastikan dah lepas "Tempoh Menunggu"


Perkara pertama yang kita perlu lihat sebelum buat claim adalah tengok pada waktu menunggu. Pastikan pada masa tu, sijil takaful kita dah berkuatkusa ke tidak. Masa tu, dah lebih 30 hari? Ataupun dah lebih 120 hari untuk buat tuntutan Penyakit Kritikal ataupun adakah sijil takaful kita dah lepas tempoh permerhatian 2 tahun? Perkara ni kita perlu tengok sebab claim kita akan jadi sukar jika sijil takaful kita tu masih baharu.

No.2 : Kena tahu "Process" dan langkah-langkah untuk claim


Untuk mengesahkan sesuatu tuntutan, kita kena ikut proses. Ada borang yang perlu diisi dan kita pun perlu ada beberapa dokumen sokongan contohnya Discharge summary untuk claim elaun wad dan lain-lain lagi. Jika claim tu besar dan serius, kita perlu dapatkan report atau kenyataan dari doktor untuk menyokong claim kita tu.

Untuk dapatkan kenyataan dan report doktor ni la kebanyakkan daripada kita tak tahu apa tugas ejen yang sebenar. Ejen kena follow up dan ulang alik ke hospital untuk dapatkan report doktor. Kadangkala, doktor nak tulis report kita pun perlu dua ke tiga minggu. Sebab doktor pun sibuk.

Proses yang saya mention kat aatas ni kadang-kadang ambil masa sehingga 2-3 bulan. Bergantung kepada respon ejen dan pihak hospital/doktor.

No.3 : Syarikat Takaful ambil masa untuk proses tuntutan 


Kemudian, bila submit ke syarikat Takaful, syarikat Takaful pulak akan ambil masa untuk review dan sahkan semua dokumen tersebut. Jika semuanya okay, alhamdulillah claim boleh diluluskan. Jika ada beberapa maklumat yang tak jelas dan tak mencukupi, syarikat Takaful akan maklumkan kepada ejen untuk dapatkan maklumat tambahan ataupun test / checkup yang diperlukan untuk menyokong tuntutan kita tu.

Panjang tak post saya ni? Haa, kalau panjang, macam tu la lama proses sesebuah claim yang kita akan hadapi dalam tempoh claim.

Bayar takaful memang mudah, sebab kita je yang keluarkan duit. Tapi, untuk dapatkan duit (claim) dari syarikat takaful akan ambil masa, banyak proses dan verification.

Semoga kita semua sabar dalam urusan claim ya. Beri masa, ruang kepada semua pihak untuk buat kerja masing-masing. Insyallah, jika sesebuah claim tu genuine kita akan dapat hak kita yang sepatutnya.

Hampa ada pengalaman dalam mengurus claim Takaful? Mai kongsi!

Sembang Takaful : Takaful ni SCAM ke? Bayar bulan-bulan mudah tapi bila nak claim SUSAH! Sembang Takaful : Takaful ni SCAM ke? Bayar bulan-bulan mudah tapi bila nak claim SUSAH! Reviewed by Luthfi Suib on April 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.