Sembang Takaful : Kenapa ejen insurans/takaful galakkan untuk apply Takaful seawal mungkin? INI RAHSIANYA!

sembang%2Btakaful%2Blogo

KENAPA EJEN INSURANS/TAKAFUL GALAKKAN UNTUK APPLY TAKAFUL SEAWAL MUNGKIN? INI RAHSIANYA!


Dulu saya pun lari bila jumpa ejen takaful/insurans. Kalau kawan-kawan ejen takaful ajak jumpa pun saya tolak secara baik sebab tak nampak kepentingannya. Tapi bila dah sedar, saya sendiri cari kawan-kawan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Takaful.

Bila saya jadi ejen, handle setiap permohonan orang ramai baik yang saya kenal ataupun tidak, baru saya tahu kenapa ejen takaful sentiasa galakkan untuk apply takaful semasa sihat & muda.

Tak semua orang ada rezeki untuk dapat full protection bila apply takaful ni, terutamanya yang ada rekod kesihatan. Mai saya share apa yang syarikat takaful offer jika kita apply takaful selepas ada rekod kesihatan

Ada 4 keadaan yang syarikat takaful akan "offer" kepada kita, iaitu :

1. Lulus tanpa syarat & caruman KEKAL seperti dalam permohonan

2. Lulus dengan syarat & caruman DINAIKKAN

3. Lulus dengan syarat iaitu sakit sedia ada & sesetengah bahagian badan TIDAK DILINDUNGI

4. Permohonan ditolak / Tidak lulus atau DECLINED

Untuk keadaan pertama, secara automatik perlindungan akan berjalan dan APPROVED.

Manakala keadaan kedua, Zurich Takaful akan keluarkan "Counter Offer" tawarkan kepada kita sama ada berminat dan bersetuju untuk terima pelan perlindungan takaful dengan kenaikkan harga dan yang ketiga setuju atau tidak jika penyakit sedia ada ataupun komponen badan tidak dilindungi. Fuhhh. Anda buat keputusan ye?

Berkenaan permohonan ditolak & declined, saya minta maaf sebab tak dapat nak bantu disebabkan ia ditentukan oleh panel underwriting Zurich yang pakar dalam bidang depa. Jangan risau, duit caruman hampa akan dikembalikan semula.

Saya sedih sebab tak dapat bantu kawan-kawan yang berusia muda tapi mempunyai sejarah perubatan lampau ataupun ada bacaan darah tinggi, kencing manis ataupun obesiti.

Hidup ni tak kejam sebab kita diberikan masa untuk buat tindakan cuma bergantung kepada kita sama ada untuk terus ambik tindakan ataupun bertangguh.

011-59238789 

Sembang Takaful : Kenapa ejen insurans/takaful galakkan untuk apply Takaful seawal mungkin? INI RAHSIANYA! Sembang Takaful : Kenapa ejen insurans/takaful galakkan untuk apply Takaful seawal mungkin? INI RAHSIANYA! Reviewed by Luthfi Suib on July 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.