Sembang Takaful Plan Penggantian Gaji : Review balik plan Takaful anda - Ada yang nitak?


1) Basic sum covered / Face Amount
= Jumlah pampasan bila Meninggal Dunia apa jua punca termasuk penyakit, kemalangan atau pekerjaan merbahaya, kecuali dlm zon perang

2) Accidental Death = Jumlah pampasan kalau meninggal dunia disebabkan kemalangan sahaja. Kemalangan tak semestinya kemalangan jalanraya. Termasuk kemalangan lain spt keracunan makanan, dibunuh, kejutan elektrik, kebakaran etc melainkan dinyatakan sebaliknya (spt mati denggi tak dianggap mati kemalangan).

3) Hilang upaya kekal & keseluruhan (TPD) = Jumlah pampasan bila hilang keupayaan seluruh badan atau 2 anggota utama iaitu 2 mata, 2 tangan, 2 kaki, atau sebelah mata sebelah tangan/kaki, yg sebabkan anda tak boleh bekerja, atau tak boleh hidup berdikari tanpa bantuan org lain, lebih 6 bulan

4) 36 Penyakit Kritikal = Jumlah pampasan bila disahkan menghidap mana mana 1 dari 36 penyakit yang disenaraikan. Mesti penuhi keadaan penyakit yang dinyatakan dalam kontrak dan mesti hidup at least sebulan selepas menghidap  penyakit kritikal. 
5) Elaun hospital (HB) = Elaun tunai bila anda diwadkan di hospital kerana sakit atau kemalangan sahaja, tak kira hospital awam atau swasta

6) Accidental Dismemberment = Jumlah pampasan bila cacat atau hilang keupayaan anggota badan bila ditimpa kemalangan. Dibayar mengikut peratusan berdasarkan tahap kecacatan anggota.

7) Hospitalisation / Medical Kad = Jumlah gantirugi yang dibayar kepada hospital untuk kos rawatan, mengikut had tahunan atau seumur hidup.

So, bila anda cakap anda sekeluarga sudah dilindungi hingga 1.5 juta untuk medical, itu adalah perlindungan untuk hospitalisation. Bila kena tahan wad, pampasan dibayar kepada hospital, mengikut jumlah bil. Bil rawatan 5,000, gantirugi dibayar 5,000 saja, bukan 1.5 juta

Faedah Kematian, TPD, Penyakit Kritikal, elaun hospital dan Accidental Dismemberment ada berapa? Ini adalah gantirugi yang dibayar tunai kepada anda atau keluarga. Ini yang GANTI GAJI ANDA YANG HILANG bila ditimpa musibah

So, please check balik polisi anda. Jangan tunggu dah ditimpa musibah, baru sedar ada yang tak kena dengan polisi anda

Luthfi 011-59238789
Sembang Takaful Plan Penggantian Gaji : Review balik plan Takaful anda - Ada yang nitak? Sembang Takaful Plan Penggantian Gaji : Review balik plan Takaful anda - Ada yang nitak? Reviewed by Luthfi Suib on August 03, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.