Cara penggunaan Medical Card Insurans/Takaful

 


Mengejutkan! Ramai yang tak tahu prosedur bagaimana nak guna Medical Card Insurans/Takaful!

Dua tiga hari ni saya berpeluang review takaful kawan-kawan. Majoriti kata "tak tahu" sebab tak pernah guna. 

"Ala, nanti sakit call la ejen"

Jangan harap semua kat ejen

Betul tu, tapi kita kena tahu jugak.

Kalau ambik dengan ejen, memang boleh call ejen tu. Tapi, yang nak hadapi "saat-saat kritikal" tu adalah diri kita sendiri.

Sebab tu kita kena belajar & tahu selok belok guna Medical Card ni.

Sejujurnya, tak mudah nak admit guna Medical Card ni. Meh saya kongsi steps penggunaan Medical Card :

1. Admission kena ikut situasi

Situasi 1 : Kecemasan

Situasi 2 : Bukan kecemasan

Andaikata kita dlm keadaan kecemasan, terus ke wad/lobby emergency. Straight forward.

Kalau sebaliknya, boleh buat appointment dulu dgn doktor pakar. Ambil masa sikit.

Kes Kecemasan :

Doktor / MO dekat wad tu akan terus attend kita. 

Depa akan check keadaan kita & akan bagi rawatan segera. Jangan risau! Dalam masa yg sama, doktor akan issue Guarantee Letter (GL).

FYI, GL diperlukan utk proses admitkan kita ke wad sekiranya perlu.

Andaikata keadaan kita time tu tak perlu admit wad, once dah siap rawatan tu kita kena bayar sendiri (sebab outpatient)

Clear?

Untuk bukan kes kecemasan :

Kita perlu go through proses jumpa doktor & doktor kena check, xray, MRI, ultrasound dll. Kos ni kena bayar CASH ye.

Sekiranya lepas jumpa doktor dah dapat diagnosed penyakit kita, pihak klinik doktor pakar berkenaan akan terus issue GL. 

Once GL dah approved, pihak klinik pakar akan arrange date untuk admission. Kos xray/MRI dll tu kita boleh claim & akan refund balik ye.

Jika result dari ujian diagnostik tu tak ada apa-apa findings (baca : negatif), maka tak boleh admit la.

Macam mana nak admit kalau tak ada bukti kukuh kan? 😅 Kalau submit GL taktau boleh approve ke tak.

Btw, kalau jadi macam ni, segala kos xray/MRI dll tu tak boleh claim. Huhu

Ok tak setakat ni?

Apa-apapun, pihak doktor/klinik/hospital akan proceed next step berdasarkan GL approval.

Proses approval GL

Proses GL approval ni sangat KRITIKAL sebab doktor & syarikat takaful akan "ding dong" untuk minta pelbagai evidence & supporting information untuk approve-kan GL kita.

Saya selalu maklumkan kat client & kawan-kawan, please bagi maklumat yg PERLU sahaja dekat doktor. Jangan sesekali bagi maklumat lain takut nanti akan bercanggah & menyebabkan GL kita kena reject.

Ada banyak kes GL declined disebab client bagi info merapu & bercanggah 😖

Bergantung kepada kes & prosedur hospital:

1. Masa GL in approval stage, pihak hospital minta Register admission to ward & bayar deposit upon admission.

2. Ataupun, once GL approved, pihak hospital akan minta register & bayar deposit.

Setiap hospital ada prosedur tersendiri 😊

Soalan : Kenapa perlu bayar DEPOSIT upon admission?

Berkenaan deposit ni, ada insurans/takaful perlu bayar deposit masa nk admit wad. Tapi kebanyakkan Medical Card perlu bayar Deposit. 

On top of approved GL, deposit ni adalah duit jaminan antara kita dgn hospital swasta. tu je

Bagi pandangan saya, bila kita dah pilih untuk ambik Medical Card, kita pun kena "agree to disagree" dengan T&C produk Medical Card ni.

FYI, Medical Card ni bukan semuanya free. Kalau tak faham, boleh rujuk dalam thread ni

So last sekali, lepas GL dah approved, kita pun dah register & bayar deposit untuk admission, pihak hospital akan bawa kita terus ke wad atau bilik operation (bagi kes kritikal & kronik) utk rawatan segera.

Susah tak nak guna Medical Card Insurans/Takaful?

To be honest, SUSAH!

Ni baru bab nak admit & guna Medical Card.

Ada lagi proses & prosedur yang kita perlu ikut semasa dalam rawatan & bila kita nak discharge keluar.

Topik tu nanti saya akan share separately.

Apa yang paling penting adalah hampa kena faham, hadam & get ready all the time ye.

Tugas kita adalah declare taraf kesihatan yg betul masa apply, jaga caruman setiap bulan & pastikan Sijil Takaful / Polisi kita sentiasa INFORCE.

Untuk prosedur admission ni, kalau tak faham boleh rujuk dgn ejen masing-masing ye.

Sejujur-jujurnya, utk admission guna Medical Card ni ejen pun tak boleh bantu apa sangat. Tugas ejen hanya boleh FOLLOW UP status & check apa yang tak kena je

Selebihnya antara syarikat takaful dgn doktor & hospital swasta tu sendiri serta declaration kita masa mula apply dulu.

Kesimpulannya, Medical Card ni BAGUS & MEMBANTU tapi ada banyak sangat prosedur sehinggakan ramai orang tak faham, keliru & kata Medical Card ni scam.

Bagi mereka yang dah pernah admit guna Medical Card, depa mesti tahu & faham apa yang saya tulis ni. 

Semoga dapat membantu.

Original post:

Cara penggunaan Medical Card Insurans/Takaful Cara penggunaan Medical Card Insurans/Takaful Reviewed by Luthfi Suib on August 13, 2022 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.