Zurich Malaysia raih prestasi cemerlang

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Seramai 805 Konsultan Takaful Keluarga dan Perunding Jualan Insurans Hayat Zurich Takaful Malaysia Bhd. (Zurich Takaful) dan Zurich Life Insu­rance Malaysia Bhd. (Zurich Life) diraikan dalam majlis anugerah tahunan agensi di atas prestasi jualan yang memberangsangkan pada tahun 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful, Salim Majid Zain berkata, dengan tema Malam Bintang Takaful (NOTTS) seramai 461 ahli agensi Zurich Taka­ful diraikan dalam majlis gilang-gemilang bagi menghargai usaha mereka yang telah menjadi ahli agensi paling produktif 2017.

Beliau berkata, majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Genting Highland baru-baru ini turut menghimpunkan lebih 1,400 tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli agensi serta keluarga, lembaga pengarah, pengurusan kanan serta kakitangan Zurich Malaysia.

“Majlis anugerah ter­sebut merupakan ko­mitmen syarikat terhadap semua yang terlibat dan ia merupakan bukti sokongan kami kepada ahli-ahli agensi untuk terus memotivasikan mereka dalam memacu pertumbuhan syarikat.

“Pencapaian mengagumkan oleh ahli-ahli agensi telah menghasilkan momentum pertumbuhan yang baik bagi syarikat dan malam ini adalah peluang untuk kami berterima kasih kepada mereka untuk segala usaha yang telah dilakukan dan mereka berhak untuk diberi penghormatan atas kerja keras, ketabahan dan kesungguhan mereka dalam mengatasi rakan-rakan mereka.

“Saya pasti pengiktirafan yang diterima adalah nilai bagi setiap perjuangan dan pencapaian ini akan memberi makna yang positif terhadap kerjaya mereka,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Pada malam berkenaan seba­nyak lima pemenang mengungguli kategori masing-masing dengan kategori Chief Managing Consultant dimenangi oleh Gemilang Empire yang diketuai Mohd. Fahmi Mohd. Hatta yang juga merupakan Top Record Breaker – Whole Group.

[caption id="attachment_144" align="alignnone" width="958"] Salim Majid Zain (tiga dari kiri) bersama Pengurus Besar Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Zurich Malaysia, Mukesh Dhawan bersama penasihat jualan Zurich Takaful pada Malam Bintang Takaful di Genting Highland, baru-baru ini.[/caption]

Bagi kategori Chief Managing Consultant (Direct Group) dimenangi oleh SRA Empire Group yang diwakili Shah Rizal Azmi; kategori Managing Consultant (Top Record Breaker) dimenangi oleh Oh Siow Lee; kategori Personal Producer dimenangi Andy Wong dan kategori Consultant dirangkul oleh Noor Rafidah Ishak.

Beberapa anugerah lain turut disampaikan kepada perunding yang telah menerima pencapaian penting di bawah enam ka­tegori produk iaitu pelan berkaitan pelaburan de­ngan caruman berkala, pelan keluarga dengan caruman berkala, pelan berkaitan pelaburan dengan caruman sekali, pelan perubatan, kemalangan diri serta sektor awam.

Terdahulu, dalam majlis berasingan, seramai 344 perunding jualan insurans Zurich Life juga telah diraikan dalam majlis bertemakan Malam Bintang Insurans (NOTS) di atas prestasi jualan luar biasa pada 16 Julai lalu di GICC, baru-baru ini.

Hampir 1,200 tetamu hadir bagi meraikan pencapaian ahli-ahli agensi Zurich Life.

Pengurus Agensi Kumpulan, K. Narayanasamy meraih anugerah tertinggi, Top of the Table pada majlis berkenaan.

Enam kategori lain yang turut menerima penghargaan kedua tertinggi, Court of the Table adalah Lee Lai Keat; Tan See Lau; Ang Thong Lee; Pang Suk Ching; Lilian Cheow; Angel Tang dan Murphy Ooi.

Pada tahun lalu, Zurich Taka­ful merekodkan sebanyak 1,750 rekrut baharu manakala Zurich Life mencatatkan seramai 1,200 perunding jualan baharu yang menjadikan keseluruhan ahli agensi Zurich Malaysia seramai 10,000 untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di 40 lokasi di seluruh negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/zurich-malaysia-raih-prestasi-cemerlang-1.725443#ixzz5VfJAYEkA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Zurich Malaysia raih prestasi cemerlang Zurich Malaysia raih prestasi cemerlang Reviewed by Luthfi Suib on August 09, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.