Post Top Ad


Dalam setahun ni banyak sangat dah pelan insurans/takaful yang saya review selama setahun ni. Tak kira la kawan terdekat mahu pun prospek di laman sosial. Terima kasih kerana berkongsi dengan saya.

Sejujurnya, pelan insurans/takaful peribadi ni harus selengkap yang mungkin. Bukan apa, apabila berlakunya musibah pada diri kita, kita tak fikir benda lain dah selain pelan insurans/takaful yang kita ada.

Alhamdulillah jika pelan insurans/takaful kita tu membantu. Syukur

Tapi hampa semua kena tahu tentang ni. 

Seperti yg saya dok share sebelum ni, Medical card hanya bayar bil perubatan di Hospital Swasta sahaja. Tu pun bila admit wad je. Kalau kemalangan, kena pay & claim. Rawatan fisio, kimo, dialisis pun kena pay & claim sebab tak admit kan?

Manakala pelan insurans/takaful yg ada manfaat Life (hayat) akan memberikan pampasan dalam bentuk wang tunai apabila kita dimasukkan ke dalam wad (dapat elaun Wad), beri cash apabila diberikan MC yang berpanjangan (elaun MC) dan pampasan yang lain seperti pampasan 36 jenis penyakit kritikal, pampasan Hilang Upaya Kekal & Keseluruhan (TPD/Lumpuh) dan pampasan Kemalangan. 

So ringkasnya, Medical Card & Life adalah dua pelan perlindungan yang berbeza.

Pelan gabungan Life Takaful & Medical Card

Tapi sekarang ni banyak je pengendali Insurans / Takaful yang gabungkan kedua-duanya dalam 1 pelan. Ada yang letak allocation 70% Medical Card dan bakinya 30% lagi untuk life. 

Dan jadilah sebuah pelan perlindungan takaful/insurans yang dipakejkan. as simple as that

Bila kedua-duanya digabungkan dalam satu pakej, of course la hampa takkan dapat sebuah pelan takaful/insurans yang seimbang. 

Kebanyakkan pelan insurans/takaful yang saya lihat review banyak lebihkan kepada Medical Card. Ramai dah saya jumpa yg ada pelan macam ni

Selalunya saya tengok kwn2 ada plan takaful macam ni :

i) Medical Card bilik 150 / Had tahunan RM100k

ii) Pampasan kematian / TPD - RM50k

iii) Pampasan sakit kritikal - RM30k

iv) Elaun wad RM50

v) Elaun MC RM100

Caruman RM150/180 bln

sapa ada plan macam ni sila angkat tangan

tak kurang daripada tu hanya ada pelan medical card sahaja. bayar mahal-mahal RM150-RM200 hanya cover medical card. Dah la bagi pampasan kematian RM5,000 je. 

Dah tu plan tu pulak standalone je. Bermaksud, setiap caruman tu BURN dan tak ada simpanan langsung. Haa tu la.

Org akan kata pulak. Luthfi, hang ni.. org dah ada insurans/takaful pun cukup baik. janji ada. bukannya tak ada. 

Yaya betul tu. So bila dah sembang & tanya, ni adalah beberapa soalan, kenyataan dan jawapan yg depa bagi. antaranya :

Kawan : Luthfi, aku fokuskan kepada Medical je sebab aku rasa penting. Kos perubatan sekarang ni makin lama makin meningkat. Aku risau nak cekau duit mana kalau bil hospital berpuluh ribu.

Pada aku penting fokus Medical Card je. Life/Hibah ada RM30,000 dah cukup.

Prospek : Apa yang saya nampak Encik Luthfi, saya perlukan Medical Card untuk admit dengan lebih cepat dan selesa. Kalau boleh saya tak mau fikir dah tentang bil hospital. Nak rehat je. Life? Tak kot, sebab saya mampu ambik Medical Card je. Ni je bajet saya, RM200 kebawah.

Stranger : Tuan, takaful/insurans ni Medical Card je kan? Saya boleh admit di hospital mana ye? Saya tak nak admit dekat hospital kerajaan sbb crowded sangat. Life tak kisah sebab saya dah ada coverage SOCSO kan. Tu pun dah cukup. Company pun bagi cuti MC banyak setiap tahun. 

Penyelesaian dari saya

Sebagai seorang consultant takaful, saya rilek dan cool je bila handle dengan rejection & counter dari orang ramai. Saya ada share apa perbezaan life & medical card di thread dibawah

tugas ejen takaful ni kan dakwah. takkan la nak marah-marah ataupun kecik hati kot? saya pelik dgn ejen2 kat luar sana sampai marah & blocked prospek yg takmau ambik takaful dgn dia.

setiap org ada pandangan & pilihan yg berbeza. tu kita kena respect.

berbalik kepada "Sebuah Plan Takaful Yang Membantu", meh saya senaraikan beberapa kriteria sesebuah plan perlindungan yg baik. 

Ni adalah pendapat & pandangan professional saya sbg seorang Takaful Wealth Planner 

1) Pampasan kematian dan/atau TPD/Lumpuh - kurang2 60 bulan gaji

2) Pampasan 36 penyakit kritikal (i.e Sakit buah pinggang kronik, kanser dan lain - lain lagi - Dana pampasan Critical Illness ni harus sebanyak 24 bulan gaji

3) Pampasan Elaun Wad - bergantung kepada gaji, ideally RM100 sehari

4) Pampasan Elaun MC - bergantung kepada gaji, ideally RM200/seminggu. Lagi tinggi gaji, lagi tinggi la elaun MC yg kita kena ada.

Untuk biashe-biashe, RM200 seminggu dh baik. Kalau MC 4 minggu (sebulan) dah dapat RM800 bro.

5) Caruman tak burn - Pelan takaful hampa tu sebaiknya ada simpanan yang boleh ambik apabila perlu. Matlamat utama kita nakkan perlindungan, kemudian dalam masa yg sama kita ada sikit simpanan. penting jugak ni.

Nak info lebih lanjut boleh terus whatsapp saya : https://wa.me/601159238789

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad