Main bola, lutut meletup & kena ACL! Kos rawatan ACL mencecah RM42,000!


Main bola, lutut meletup & kena ACL

Terkejutlah weh kos rawatan ACL sama dengan Perodua Axia AV baru, RM42k! 😱

Doktor bagi siap dengan pakej MC berbulan-bulan duduk rehat kat rumah 😓

Majikan pulak hanya bayar gaji penuh selama 2 bulan MC. Masuk bulan ke 3 tak ada gaji! 😭

Tak ramai yang tahu hobi & sukan boleh menyebabkan kita mengalami masalah kewangan!

Seriously, ACL ni makan modal.

Sakit dia tak teruk macam kanser, tapi ACL ni sakit nyut nyut. Bergantung sama ada koyak ataupun putus. Ngilu! Nak buat apa pun sakit. Seram!


Pesanan untuk kaki bola & sukan

Untuk hampa yang kaki bola & sukan, apa yang hampa perlu dilakukan untuk hadapi masa depan sekiranya diuji dengan ACL?

1. Ambik Medical Card sekurang-kurangnya limit RM100,000 setahun.

2. Ambik Income Protection & pastikan ada coverage kemalangan, elaun MC & elaun wad.

"Eh Luthfi, ni hang promote Insurans!" kata netizen

Bagi saya, hanya satu je solution utk mengelakkan masalah kewangan disebabkan ACL iaitu Takaful!

Masa tengah sakit lutut tu, hanya Medical Card je yg boleh bantu segera buat rawatan ACL tu. ASBF ke, TH ke tak boleh tolong bro.

Kalau ada duit cash seketul boleh je buat rawatan ACL ni tanpa Medical Card/Insurans. Kos dia macam dibawah:

✅ Hospital Kerajaan : RM15k

✅ Hospital Swasta : RM20k - 30k

Tapi sayanglah simpan duit penat-penat, invest penat-penat tiba-tiba kena keluarkan duit tu utk rawatan.



Once lutut dah "meletop" pop, kalau ada Medical Card, kos MRI tak cover ye.

  • Anggaran kos MRI dalam RM800-RM1,000.
  • Sekiranya lepas MRI jumpa muscle koyak, kos MRI tu boleh charge masuk ke dalam GL. 
  • If no findings, cost MRI tu tak boleh claim

Kredit gambar : Group ACL Facebook
Kredit gambar : Group ACL Facebook

Kalau tak ada insurans, masih lagi boleh buat MRI di hospital kerajaan.Kos MRI dekat hospital kerajaan jauh lebih murah dari hospital swasta. 

Cuma, kita kena Q la😅

Ada yang tak tahan sakit lama, terus pergi hospital swasta buat MRI & kemudian buat rawatan dekat kerajaan.

Kenapa saya cakap ACL ni makan modal?

Jawapannya, kos rawatan dia pun dah mahal tapi kos yang paling mahal bila kena ACL adalah bila doktor bagi MC yang berpanjangan!

Ada kes, lutut bengkak & doktor bagi MC selama 2 bulan.

Masuk MC bulan ketiga baru boleh operate 😓

Apa yang jadi, MC disebabkan ACL ni bersambung sambung!

Ikut nasib, pengalaman saya paling cepat 3 bulan MC. Ada yang lama bersambung sambung MC sampai hampir 6 bulan. 

Bila MC berbulan bulan adakah majikan masih bayar gaji kita?

Tak bayar gaji macam mana nak bayar hutang?

Sejujurnya, bab kos rawatan ACL boleh kaw-tim lagi sebab kita masih ada pilihan. Yang tak boleh kawtim adalah hilang gaji bro!

Saya jumpa dgn lebih 5 orang pesakit ACL rata-rata majikan tak bayar gaji pada MC bulan ketiga

Lutut sakit😩

poket sakit 💸


Pastikan kita ada Coverage insurance/takaful yang lengkap. Bukannya ada Medical Card semata-mata.

Lengkapkan perlindungan gaji dengan ambil Income Protection Takaful juga ya.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya : https://wa.me/601159238789

Main bola, lutut meletup & kena ACL! Kos rawatan ACL mencecah RM42,000! Main bola, lutut meletup & kena ACL! Kos rawatan ACL mencecah RM42,000! Reviewed by Luthfi Suib on November 17, 2022 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.