Nak ambil Medical Card murah? Kena tahu Terma & Syarat Medical Card!

Nak ambil Medical Card murah?

Ok je. No problem, tak salah pun. 

Cuma, bila mai tang murah ni ada T&C, kena agree & disagree dengan kontrak insurans/takaful yang hampa sign ye.

(Bebenang)

1. Deductible

Cuba check ada tak deductible dalam plan Medical Card hampa tu.

Apa tu deductible?

Ayat yang paling mudah faham adalah "jumlah yang wajib bayar a.k.a hangus" bila guna Medical Card.

Ada company letak deductible RM300 per admission, ada charge RM500 per certificate year. Apa-apa pun kena rujuk kepada Sijil Takaful.

2. Ko-Insurans/Ko-Takaful

Sama konsep macam Deductible, Ko-Takaful ni lebih tinggi.

Selalunya 90% kos bil rawatan ditanggung oleh company & manakala baki 10% tu kita kena bayar. Tapi ada maksimum amount contohnya max RM1,000.

Contoh : Bil RM50,000

GL cover RM45,000 

Ko-Takaful sepatutnya RM5,000. Tapi bayar RM1,000 je

Clear tak?

3. Yearly admission limit

Semak tengok berapa kali Medical Card murah tu benarkan admit wad dalam setahun. 

100 hari? 200 hari? Unlimited hari?

Mungkin kat sini kekurangan Medical Card murah.

4. Jenis bilik (room & board) 

Kalau dah plan Medical Card murah, of kos depa tak bagi jenis bilik yang tinggi

Jenis Bilik & Makanan (R&B) standard biasanya RM100/hari iaitu bilik double ataupun triple share tengok jenis hospital.

Kalau nak upgrade ke single room kena topup duit sendiri bayar masa discharge nanti.

5. Annual limit

Plan Medical Card mur mur ni coverage dia setimpal la dengan harga caruman bulanan. 

Tapi still not bad, masih boleh pakai untuk admit kat hospital swasta.

Kalau limit rendah, boleh guna sebagai option kes yang tak mahal. Nanti tak cukup haru pulak!

Kesimpulan

Saya rasa, point 1 & 2 paling penting sebab once guna Medical Card kena keluar duit sendiri lagi.

Maksudnya, bila kita ambil Medical Card murah, which is lebih jimat berbanding dengan Medical Card yang full coverage, hampa kena ada duit simpanan untuk Support cost deductible atau ko-takaful!

Ni adalah contoh penjimatan bila ambil Med Card murah yang ada ko-takaful

Paling penting, setiap bulan bayar murah & boleh jimat dah. Cuma kena standby duit bila admit wad untuk bayar ko-takaful.

Tak faham berbandingan Ko-Takaful & Deductible?

Saya buatkan perbandingan pelan Medical Card di Zurich Takaful.

MediAfya dgn Ko-Takaful, jimat RM573 setahun tapi kena keluar RM1,000 utk setahun

MediPro dgn Deductible, bayar lebih tapi hanya "burn" RM500 dlm setahun


Sejujurnya, nilai RM1,000 untuk ko-takaful & RM500 untuk deductible ni hanya perlu dibayar sekiranya kita admit wad sahaja

Kalau tak admit, tak guna medical card, tak perlu keluar duit. So, kita dah jimat kat situ.

Sebab tu saya kata pelan dgn Ko-Takaful & Deductibe ni bagus

Apa-apa pun, sebelum ambil Medical Card kena study sikit. Tanya ejen apa plan terbaik untuk kita & bagitahu sekali income kita. Supaya dia boleh advise pelan yang betul

Insurans/Takaful/Medical Card ni tak boleh ambik ikut suka sebab long term commitment.

Bacaan Seterusnya :


Nak ambil Medical Card murah? Kena tahu Terma & Syarat Medical Card!  Nak ambil Medical Card murah? Kena tahu Terma & Syarat Medical Card! Reviewed by Luthfi Suib on February 05, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.